Monday, February 26, 2018

Group presentation ala2 PAK-21 dan reciprocal teaching

As Salam,

Minggu lepas, pelajar ting 4 selamat melakukan group presentation masing-masing. Aktiviti ni berkonsepkan PAK-21 dan ala-ala reciprocal teaching..tapi tak pasti pula apa nama nya...almaklum..jenis aktiviti PAK-21 tu banyak benar dan ada yang hampir sama. Eh, yang penting ada unsur inquiry~~ heheheh.. Oleh kerana ini kali pertama, jadi berilah topik yang ringkas2, supaya pelajar boleh adapt dan tak terkejut sangat...lepas ni boleh la bagi topik yang lengthy sikit bila dah biasa...

How??
  1. Kali ni, setiap kumpulan diberi topik berbeza, dan mereka perlu kuasai topik yang diberi. Mereka umpama experts la untuk topik itu. Faham all out, sbb mereka perlu cuba fahamkan rakan juga.
  2. Pelajar diberi kebebasan untuk memilih cara yang mereka selesa untuk membentang, dan rata-rata memilih untuk menggunakan slaid PPT which is good la...sbb boleh print jdkan handout..
  3. Walaupun yang membentang itu cuma seorang, 3 lagi bukan duduk goyang kaki, mereka perlu menjawab soalan yang akan diberikan oleh kawan-kawan. Maknanya, setiap kumpulan lain yang menjadi penonton, mereka perlu siapkan sekurang-kurangnya 1 soalan untuk ditanya kan pada kump yg membentang.
  4. Pelajar perlu selitkan contoh situasi dunia sebenar aplikasi topik yang diberi. Pelajar digalakkan mencari sumber luar dari Internet.
  5. Sesi soal jawab akan dibimbing oleh guru, yelah, takut silap fakta pula kan.
  6. limit 1 kump 4 slaid termasuk slaid nama, pembentangan+sesi soal jawab dan rumusan guru setiap kumpulan = 10 minit maks
  7. Setiap minggu diumumkan kumpulan pembentangan terbaik.
  8. Guru buat pemarkahan dan simpan rekod. PPT pelajar dicompile dan diedarkan sebagai hand ourt. Kita kene appreciate la sikit kerja pelajar kan :)
Apa kebaikannya:
  • Semaikan budaya membaca dalam kalangan pelajar, tiada lagi unsur suap ilmu dan luah time exam..no..no..no... Pelajar perlu membaca untuk membentang dan perlu membaca juga untuk bertanya soalan.
  • Kemahiran ICT - carik info, persembahkan dalam bentuk PPT, amalan online yg selamat
  • kemahiran komunikasi
  • Problem solving, reasoning and argumentation skill
  • Meningkatkan self esteem pelajar sbb setiap pelajar perlu bentang, rotate antara ahli kumpulan cth, presentation 1 Ali bentang, presentation 2 Ahmad pula dan seterusnya. Kumpulan pembentangan stays hingga hujung tahun. 





Good job untuk semua, sangat sporting dan bersungguh. Kali ini, best group presentation ialah KUMPULAN 5. Tahniah!!

Mcm2 gaya present, ada yg gelak2, ada yg serius, boleh nampak siapa yg confident, siapa yang tak bersedia. oleh keran topik ni belum diajar, maka nampak kesungguhan pelajar nak memahami, jumpa guru awal-awal untuk check betul tak apa yang mereka faham melalui pembacaan dan carian di Internet.
Semoga bermanfaat.

The new norm...ya Allah..boleh ke ni

Assalam...Hii ye...ye..tau..dah bersawang bagai..bz la..bz... Esok kene pegi skolah kauuu...apsal...nak dok pasang tanda pangkah la, ama...